Indahnya Bahasa Warisan Budaya Kita

Thursday 13 December 2012

PENANDA WACANA


PENANDA WACANA


Ø Penanda Wacana ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perkaitan antara satu ayat dengan ayat yang lain.

Ø Antara contoh penanda wacana termasuklah :
                        
·       dengan ini
·       di samping itu
·       justeru,
·       lantaran itu,
·       lebih-lebih lagi,
·       oleh itu,
·       oleh sebab itu,
·       pada hal,
·       sehubungan dengan itu,
·       selain itu,
·       sungguhpun demikian,
·       tambahan pula,
·       walaupun begitu,
·       walau bagaimanapun,
dan sebagainya...

Wednesday 12 December 2012

KATA HUBUNG


KATA  HUBUNG


Ø Kata Hubung  ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat . 



Ø Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis  iaitu :

a)       Kata Hubung Gabungan     :   atau, dan,  lalu, maka, serta, tetapi


b)       Kata Hubung Pancangan    :   agar, apabila, bahawa, hingga, jika,   
                                                                                     meskipun, sebelum, sekiranya, selama


c)    Kata Hubung Berpasangan    :   baik...ataupun
                                                       baik...baik
                                                       baik...mahupun   
                                                       bukan sahaja...bahkan juga
                                                       bukan sahaja...tetapi juga
                                                       sedangkan...apatah lagi
                                                       sungguhpun...namun
                                                       makin...makin








KATA NAMA ARAH



KATA  NAMA ARAH


v  Kata nama arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan     
sesuatu.


v Antara contoh kata nama arah termasuklah  : 

Ø  atas, bawah, depan, hujung, sudut, tepi dan sebagainya



  
v Kata nama arah biasanya diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi.

Contohnya  : 

Ø  di depan, ke atas, ke bawah, di tepi, di belakang dan seumpamanya.






KATA TANYA


KATA  TANYA


v Kata Tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.


v Berikut ialah contoh kata tanya berserta dengan panduan menggunakannnya.

          a) Apa               =   untuk menanyakan nama, binatang atau benda.

b)   Bagaimana   =   untuk menanyakan keadaan, cara dan suasana.

c)    Bila               =   untuk menanyakan masa.

d)   Berapa          =   untuk menanyakan bilangan atau jumlah.

e)    Mana            =   untuk menanyakan manusia, binatang, tempat dan benda.

f)     Mengapa      =   untuk menanyakan sebab berlakunya sesuatu.

g)   Siapa            =   untuk menanyakan orang atau nama orang


KATA KERJA


KATA  KERJA

v Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan yang lazimnya disertai awalan ber-, men- dan ter-.

v Kata Kerja Transitif    mesti disertai objek iaitu frasa nama. 

                                                         Contohnya :
                                                         Dia membasuh kereta.
                                                         membasuh    =    kata kerja                 transitif
                                                         kereta            =     objek

                                      →  terdiri daripada bentuk asal dan yang berimbuhan.
                                                         men-, men...i, men...kan,   
                                                          mem...per, memper...i dan  
                                                         memper...kan. 
                                                         Contohnya  :  memasak, menaiki, mengarahkan dan  
                                                                                 sebagainya.

v Kata Kerja Tak Transitif  →  kata kerja yang boleh berdiri sendiri dengan maknanya
                                                   yang lengkap.
                                                  
Contoh :
a)             bentuk asal   =   datang, duduk, riba, tidur
b)             berawalan ber   =   berjanji, berkawan, berjenaka
c)             berapitan  ber...an   =   berlainan, berasingan, bercucuran
d)             berawalan men- = mengalir, menari, mengelak
e)             berawalan ter- =  terperanjat, terlena, terpesona







v  
v Kata Kerja Pasif  →  merujuk kepada kata kerja yang berasal daripada kata  kerja
                                     transitif tetapi tidak berawalan  men-.

                               →   boleh juga berawalan ber-, ter-, dan berapitan ke...an.
                                      Contoh :  berkunci, tertutup, kecurian dan sebagainya.


v Apabila disertai dengan kata ganti diri, maka terbentuklah frasa kerja pasif.

        Contohnya    :   

a)   Frasa kerja pasif diri pertama   →  saya rasmikan, kita atur, kuambil, kami masak

b)   Frasa kerja pasif diri kedua   →  anda rasmikan, kamu atur, kauambil, kalian masak

c)    Frasa kerja pasif diri pertama   → diambil oleh mereka, diatur olehnya, dirasmikan oleh  
                                                           beliau

KATA BILANGAN


KATA  BILANGAN

1.    Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.


a)   Kata bilangan tentu            :   satu, lima, sepuluh, seratus, lima juta dan seterusnya.


b)   Kata bilangan tidak tentu  :   beberapa, para, segala, semua dan seterusnya.


c)    Kata bilangan pecahan       :  suku, setengah, dua per tiga dan seterusnya


d)   Kata bilangan himpunan    :  ribuan, keda-dua, berbagai-bagai, berjenis-jenis dan

                                                                   seterusnya.
        
e)    Kata bilangan tingkat         :  pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.


f)     Kata bilangan tanya            :   berapa

bb

KATA GANTI DIRI

KATA GANTI DIRI YANG LAIN

1.    Kata ganti tidak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.

2.    Antara  contoh kata ganti tidak tentu termasuklah apa-apa (menggantikan nama benda atau hal), mana-mana (menggantikan nama benda atau tempat) dan siapa-siapa/sesiapa (menggantikan nama orang).

3.    Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.

4.    Kata ganti tunjuk ada dua sahaja iaitu itu dan ini.

5.    Kata ganti tempat pula terdiri daripada :

          Sana   -   untuk tempat yang dianggap jauh
          Situ    -   untuk tempat yang agak jauh tapi tidak sejauh sana)
          Sini    -   untuk tempat yang dekat.                                                                                     

6.    Kata ganti singkat dicantumkan dengan kata lain yang menyertainya.  
Contohnya :
         
          Aku         =       ku
          Engkau   =       kau
               Kamu      =      mu
               Ia/dia       =      nya
            

bb

KATA ADJEKTIF


KATA  ADJEKTIF

       1.    Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda. Kata adjektif pula                           dinamakan sebagai kata sifat.


      2.    Kata adjektif  boleh disertai kata agak, kurang, amat, nian, betul dan sangat  sebagai kata                penguat dan penanda adjektif. 


      3.     Antara contoh kata adjektif  termasuklah mahal, panas, sejuk, gila, gembira, bosan, cuai,                enak, masam, pahit dan kecil. 


      4.     Kata adjektif terbahagi kepada beberapa kategori mengikut sifat dan keadaan.  Antaranya : 

     a)       warna      -    biru, merah, hitam, kelabu, ungu, putih, hijau, kuning dan sebagainya.

b)       ukuran    -     panjang, pendek, kecil, besar  dan sebagainya.

c)        bentuk    -     bulat, bujur, kempis, lurus, bengkok, senget  dan sebagainya.

d)       waktu     -     awal, baru, lama, lewat, segera, cepat, lambat dan sebagainya.
 
(a